Hallo Semuanya.....
Salam Keajaiban untuk sahabat
semua.
Ini merupakan postingan pertama
saya.......
Semoga informasi ini bisa bermanfaat
untuk kita semua......
Amiin..........
Sebagaimana yang diketahui,bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan
kurnia) dan maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan
untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk
membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela
(TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang
selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH
,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi
masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat tingkat.Pada tingkat untuk
memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat,berarti memasuki suatu jalan
pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh
sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya dan siapakah
yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini
dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang
mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.”
MENGENAL DIRI SENDIRI
Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa
diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan
bentuk-bentuk bathin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan
Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada disebelah kiri badan
di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh
di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan.
Dialah Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang
bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.
Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan
sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang
mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk
Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan jasmani akan hancur binasa
setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal
dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam
Ghaib, maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak
terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya
dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah
merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri. Sungguh
benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa ”Manusia itu adalah mikromos” atau
dunia kecil dalam dirinya sendiri.
Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau Roh itu dapat
dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di
sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan
dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi
bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang
sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Didalam Quran
Allah berfirman: ”Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh,
katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan
melainkan sedikit saja” .(S. Isra 85) . Apabila seseorang bertafakur atas
dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa
dahulunya, ”tidaknya pernah ada”. Firman Allah: ”Tidaklah manusia itu ingat
bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun”. Kemudian
manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air
(mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran,
penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan
mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat
capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak
akan sanggup membuatnya.
Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka manusia itu dapat menemukan
dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan
dan Kasih-Sayangnya Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila manusia itu berfikir
jauh maka ternyata didalam kehidupan ia memerlukan berbagai macam keperluan
seperti makanan, pakaian, perumahan dan sebagainya ,yang kesemuanya itu telah
tersedia lengkap didalam muka bumi ini. Disini manusia akan menjadi sedar akan
sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam
dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban keajaiban. Rangka jasad
adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh pula dengan
berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya,
pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui
bahawa Allah itu ”ADA”. Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian
dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.
MENGENAL ALLAH
Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan
perbuatan kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri,
yang memberikan kepada kita kekuatan,kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat
sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga
ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH.
Maksudnya bahawa kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah,
tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak
berukuran.
Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, Tetapi
kesukaran kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa
seperti perasaan marah,sakit ,gembira dan cinta.Hal ini merupakan faham fikiran
dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan oleh bentuk-dan
ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat
mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan kenyataan pokok
yakni Tuhan dan Roh, Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas batas yang
dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup
lagi memikirkannya sebegitu jauh. Betapapun juga ,kita dapat melihat bahawa
ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan
waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara
demikian keadaannya.Sebagaimana yang telah dihuraikan,, ”ROH” tidak mempunyai
tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah,tidak
mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah “JASAD”. Demekianlah ALLAH,
tidak mengenal ruang dan masa,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA
memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa,Maha Kuasa,Maha Besar dan Maha
Agung.
Begitulah informasi yang bisa saya
sampaikan untuk saat ini......
Ingat kita hidup ada dalam
pengawasan ALLAH SWT, maka dari itu kita harus selalu mengingatNYA.
"Jika kamu tak mengenal dirimu
sendiri, maka jangan harap kamu bisa mengenal ALLAH SWT.......Ayo temukanlah
siapa dirimu sebenarnya, dengan seperti itu, maka InsyaAllah kamu bisa mengenal
sang ILLAHI...."
Terimakasih atas kunjungan-nya di
Blog saya ini.
Wassallamuallaikum Wr. Wb
Salam Hidup.....
Salam Keajaiban